Lagi! Penyanyi Terkenal Tanah Air Sah Bercerai Talak Satu. Ya Allah.. Dah buat lagu utk Isteri Akhirnya Jadi macam ni.





Penyanyi rap, Madrizal, 29, yang popular menerusi lagu Budak Baru Nak Up dan Mamasita sah bercerai talak satu dengan Nurfazilah Mohd Ali, 38, pada jam 12.48 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.


Madrizal atau nama sebenarnya, Mohammad Rizai Shah Abdul Jayalani melafazkan cerai talak satu kepada Nurfazilah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Siti Rashidah Sarkom selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai.


Madrizal dan Nurfazilah yang ditemui selepas prosiding berkata, mereka bercerai secara baik dan masalah berpunca dari tiada persefahaman dalam rumah tangga.


"Kami dah cuba yang terbaik untuk berdamai tapi tidak okey juga. Akhirnya kami putuskan untuk berbincang dan bercerai secara sah.


"Kami dah setahun lebih tiada persefahaman. Cuba berbaik juga tapi biasalah dia tak faham dan saya pun tak faham dan sering bertelagah.


"Tiada orang ketiga dalam perkara ini," katanya.


Pasangan ini berkahwin pada 20 Mac 2019 dan mempunyai seorang anak perempuan, Leyla Qassandra yang kini berusia setahun lima bulan.


Nurfazilah berkata, bekas suaminya tidak dihalang untuk melihat dan mengambil anak pada bila-bila masa.


"Tiada sekatan apa-apa. Kita dah berbincang dengan baik. Bayaran edah untuk saya pun dipersetujui bersama. Jadi kami tak failkan ke atas apa-apa.


"Berkenaan hal anak mungkin kita akan failkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam lepas kita dapat sijil cerai dalam tempoh 21 hari dari tarikh perceraian," katanya.


Menurut Madrizal, hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isterinya kerana percaya Nurfazilah boleh menjaganya dengan baik.


Berkenaan harta pencarian pula seperti perniagaan pomade, mereka sudah berbincang pembahagian dengan baik secara sama rata.


"Kami dah berbincang baik-baik. Dah selesai baik-baik baru kita ambil keputusan untuk ke mahkamah. Tiada pergaduhan dalam perkara ini.


"Jadi di mahkamah hari ini hanya isu perceraian kerana ambil masa setahun lebih untuk pembahagian harta dan sebagainya," kata Nurfazilah pula.


Sementara itu, Madrizal mengakui sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi, namun akur dengan ketentuan takdir.


"Itulah sebabnya ada pertengkaran kita bertahan lama selama setahun kerana cuba lagi nak pertahankan. Tapi orang kata bukan jodoh untuk bertahan.


"Kalau berterusan, kerja pun tak okey, bisnes pun tak okey. Kerjaya pun makin tak okey jadi kita buat keputusan terbaik ini.


"Fokus pada kerja dan anak dulu," katanya.


Untuk rekod, lagu Mamasita dihasilkan oleh Madrizal sebagai tanda kasih dan cinta terhadap Nurfazilah sebelum ini. Malah muzik video lagu terbabit turut menampilkan bekas isterinya.


Madrizal hadir ke mahkamah bersama ibunya, Nyak Zuraida Nyak Ibrahim manakala Nurfazilah pula ditemani ibunya, Sabariah Sanusi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 8047727435255454186

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item