Selepas 6 Tahun Berkahwin, Pengacara & Pelakon Terkenal Tanah Air Umum Sudah Cerai

 


PELAKON dan penyanyi, Anis Al Idrus mengesahkan dirinya kini kembali solo dan sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan.

Berita itu diberitahu sendiri oleh Anis menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun kata Anis, dia memohon doa yang baik-baik buat dirinya.

“Apabila kehidupan saya bertukar, saya tetap berdiri dan bersedia untuk menghadapi lembaran baharu dengan tangan terbuka.

“Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang sudah Tuhan tentukan sehingga membawa diri saya untuk kembali solo.

“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar yang ditetapkan Tuhan. Saya juga sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” coret Anis.

Terdahulu, Anis yang juga merupakan pengacara dan usahawan ini mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 5551661493553622922

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item