Nabila Razali Kantoi Berduaan Dengan Lelaki Berjambang Di Genting Highlands

 



Tular baru-baru ini mengenai sebuah video yang memaparkan penyanyi dan pelakon Nabila Razali sedang bersiar-siar di Genting Highlands bersama seorang lelaki berjambang.


Ditemui media, Nabila menganggap perkara itu bukanlah satu isu besar kerana dia boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang dia inginkan memandangkan status dirinya yang masih solo.


Tambahnya lagi, mungkin status diri sebagai seorang selebriti membuatkan peminat sentiasa ingin mengambil tahu perihal peribadi dan aktiviti sehariannya.


Sebenarnya tiada isu pun saya mahu keluar dengan siapa esbab saya berkawan dengan ramai orang. Khai Bahar pun saya pernah keluar bersama, mungkin disebabkan saya ini selebriti maka apa yang saya lakukan menjadi perhatian ramai.


Dalam video tersebut, Nabila dilihat berjalan berdua-duaan bersama seorang lelaki berjambang dan penyanyi itu juga tidak berselindung mahupun melarikan diri daripada dirakam video oleh peminat.


Penyanyi lagu Peluang Kedua itu walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siapakah gerangan lelaki tersebut namun mengakui sedang mengenali seseorang.

Kata Nabila, dia hanya ingin membiarkan perkara tersebut terus menjadi teka-teki dan tidak kisah jika ia dianggap sebagai gimik untuk penerbitan lagu yang akan datang.


Buat masa ini biarlah saya sahaja yang tahu. Biar orang terus berteka-teki. Saya tak boleh nak beritahu apa-apa sekarang. Mungkin juga gimik untuk lagu baru nanti. Jadi teruslah ikut perkembangan kerjaya seni saya


Nabila dalam pada itu menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dan memohon yang terbaik daripada orang ramai terutamanya peminat di luar sana.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 740190020774887325

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item