‘Pangkat Kau Lebih RENDAH Daripada Aku’ – Tular Rakaman Pegawai Kanan Polis M4KI Anggota Bawahan



Seperti ramai sedia maklum, salah satu tugas anggota polis adalah untuk memastikan orang ramai berasa selamat serta bebas daripada penjenayah. Anggota polis tidak mengira pangkat perlu bekerjasama dalam memastikan negara bebas daripada jenayah yang tidak diingini.


Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pegawai kanan polis wanita dirakam menengking anggota polis pangkat bawahan di tempat kejadian.


Difahamkan isu ini bermula apabila pihak polis menerima panggilan aduan awam daripada talian kecemasan 999 memaklumkan terdapat seorang wanita menyamar sebagai pegawai polis.


datang kutip hutang

@edisi9official Anggota berkenaan dimalukan wanita berkenaan ketika menyiasat kes penyamaran di Taman Seri Gombak. Anggota berkenaan telah membuat laporan polis dan siasatan terhadap wanita berkenaan sedang dilakukan. 🎥 Media sosial #beritaviraltiktok #trendingnewsmalaysia #malaysianewupdate ♬ original sound - Edisi 9 (Official)

Setibanya pihak polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati seorang wanita yang sedang duduk dalam Perodua Bezza seakan berada di bawah pengaruh alkohol. Dimaklumkan wanita tersebut hadir ke lokasi tersebut bagi mengutip hutang lama daripada seorang wanita India.


Menerima aduan daripada orang awam, pihak polis tersebut melakukan tugas beliau dengan meminta kad pengenalan wanita tersebut.



Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila wanita tersebut bukan sahaja enggan memberi kad pengenalan, malah meminta pihak polis menyatakan kesalahan beliau sebelum menengking dan menghina pihak polis tersebut.


“Kad kuasa kau tak ada. Kau tak layak ambil IC dan kad kuasa aku lah. Lu pangkat Lans Koperal saja, bukan OCPD. Kau tak layak lah, kau pangkat kecil dari aku lah. Kau bukan OCPD lah nak bercakap dengan aku. Pangkat dahlah rendah!”


Menerima provokasi yang melampau, kedua-dua anggota polis ini masih lagi mampu bersabar serta meminta kad pengenalan berkali-kali sebelum wanita tersebut menyerahkannya.


Mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman, wanita ini walau bagaimanapun sekdar menunjukkan bahagian belakang kad kuasa yang tertera G204.


Wanita tersebut sekadar memaklumkan beliau hadir ke lokasi kerana mempunyai urusan rasmi sebelum beredar.


Rakaman yang tular melibatkan wanita ini bersama dua pegawai polis telah mendapat perhatian netizen di mana rata-rata netizen bersetuju wanita ini dikenakan tindakan. Berikut merupakan respon netizen terhadap insiden yang berlaku.





Dimaklumkan wanita itu bukan sahaja mempertikaikan pangkat polis berkenaan, malah memperlekeh taraf pendidikan polis tersebut yang sekadar mempunyai SPM.


Merasakan intergriti tercabar dengan provokasi yang dibuat serta mahu siasatan dijalankan kepada wanita berkenaan, anggota polis ini turut membuat laporan bagi tindakan lanjut.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 6064121021657482633

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item