Cinta Kembali Bersatu, Tahniah



KONFLIK rumah tangga membabitkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan isteri keduanya iaitu Hana Azraa kembali pulih selepas kedua-duanya memilih jalan untuk berbaik semula.


Selepas hampir tiga tahun berdepan kemelut itu, Hana atau Nurhannah Azra Mohd Zakir berkata hatinya terbuka untuk menerima semula Abu semasa mereka mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah, Ramadan lalu.


"Saya dan Abu memilih jalan untuk berbaik pada bulan Ramadan lalu selepas hampir setahun tidak berhubung.



"Waktu itu kami berada di Makkah," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.


Sebelum itu, Hana menerusi Instastory berkongsi video dirinya bersama Abu.


Dalam perkongsian itu, dia dilihat bersandar di bahu Abu dengan kapsyen meluahkan rasa sedih disebabkan lelaki itu tidak dapat pulang ke rumah.


Sekaligus ia menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini Hana berkeras tidak akan berbaik dengan Abu ekoran masalah dalam perkahwinan yang pernah dilalui.


Dalam pada itu, Hana memberitahu dia enggan terlalu berkongsi hal mengenai rumah tangganya itu kerana bimbang disalah anggap oleh pihak lain.


"Kalau boleh saya tidak mahu cerita lebih lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga. Takut tersalah cakap.


"Saya bimbang jika ada kata-kata yang tidak kena. Doakan yang baik-baik untuk rumah tangga kami," ujarnya.


Kemelut rumah tangga pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai apabila Abu didakwa masih mengganggu Hana meskipun mereka sudah berpisah.


Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman sosialnya sebelum ini, Hana turut berkongsi perbualannya dengan Abu yang masih cuba memujuk untuk mereka kembali bersama.


Untuk rekod, Hana dan Abu berkahwin pada Mei 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia tiga tahun.


Abu juga mempunyai seorang lagi isteri iaitu Ain Afini yang dikahwini pada tahun 2018.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar dan Muhammad Aryan 'Afi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 231882557599299720

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item