Berita sedih buat peminat madammu, Salam Takziah sebab organ ***** sudah bocor! nyawa madam dalam..



USAHAWAN kosmetik popular Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami kebocoran air ketuban pada pagi Jumaat.


Berkongsi perkembangan kesihatannya itu, Madammu, 33, berkata, dia kini masih menerima rawatan dan sedang menunggu keputusan ujian daripada doktor pakar.


"Saya masih di labour room sedang kontraksi. Ada leaking sikit. Selalu orang nak bersalin air ketuban pecah terus, macam saya air ketuban tu keluar sikit-sikit.



"Sekarang saya sedang tunggu keputusan daripada doktor. Doktor sedang pantau jantung bayi. Mereka pun sedang check leaking tu sebab apa," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.


Madammu yang sedang hamil 36 minggu berkata dia mula mengalami kebocoran air ketuban itu pada pukul 1 pagi dan sedang mengalami kontraksi ringan.


"Sebenarnya saya sudah rasa leaking tu lewat malam tadi kira-kira pukul 1 pagi. Saya tidur saja dulu dan hanya pantau di rumah. Lepas tu air tu dah tak keluar.


"Pagi tadi sekitar pukul 11 pagi saya ke hospital, doktor panggil untuk check air ketuban.


"Buat masa sekarang saya ada juga rasa sakit tapi tidaklah terlalu sakit," ujarnya.


Dalam pada itu, usahawan tersebut juga tidak menolak kemungkinan dia terpaksa melahirkan anak pertamanya ini seminggu lebih awal daripada jangkaan sebenar.


Dia yang sepatutnya melahirkan bayi secara pembedahan disebabkan melalui proses in vitro fertilization (IVF), akur jika perlu melahirkan anaknya itu secara normal.


"Saya nak cakap pun susah sebab bukaan pun belum ada. Saya pun tak rasa sakit yang keterlaluan lagi.


"Sepatutnya saya bersalin Jumaat minggu depan iaitu 9 Jun, tapi kalau hari ini ada bukaan kemungkinan saya perlu melahirkan secara normal.



"Kemungkinanlah... saya tak pasti sebab nak kena tunggu keputusan doktor juga. Kalau saya melahirkan hari ini, kiranya awal seminggulah," katanya.


Pada 23 Mei lalu, Madammu dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.


Jelasnya, dia tidak mendapat rehat yang cukup sejak akhir-akhir ini membuatkan tekanan darah tingginya naik secara mendadak.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 1910032420471435960

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item