Akhirnya penunggang lawan arus NEKAD serah diri ! Ramai TERKEJUT Bila Dia Bagi Tahu Kenapa TERPAKSA Lawan Arus.



Pada Rabu lalu tular kes motosikal melawan arus sehingga seorang penunggang Ducati berusia 60 tahun maut terjatuh dari flyover di susur keluar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).


Terbaharu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata lelaki berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor yang berniaga makanan itu juga sudah dirakam keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang semalam.


Menurut beliau lagi, setakat hari ini polis sudah merakam keterangan enam orang termasuk suspek berkait insiden terbabit.


Mohd Azam berkata, melalui keterangan, suspek memaklumkan pada hari kejadian dia tersesat ketika dalam perjalanan dari Ampang pulang ke rumahnya di Kajang.


Berikutan itu, katanya, suspek yang juga seorang peniaga makanan itu membuat keputusan memasuki jejambat Lebuhraya SUKE secara melawan arus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.


“Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh daripada motosikalnya.





“Selepas kemalangan, suspek terus pulang ke rumah dan hanya mengetahui mengenai insiden menimpa mangsa setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Azam berkata, akibat kemalangan itu, suspek turut mengalami pelbagai kecederaan antaranya patah bahu kanan, patah jari kelingking selain luka pada bahu kiri dan kaki kanan.


“Sehubungan itu, kita turut merampas motosikal Yamaha milik suspek dan beberapa barang kes lain untuk siasatan.


“Buat masa ini suspek tidak ditahan kerana keadaan kecederaan yang dialaminya agak parah,” katanya.


Beliau berkata, setakat ini polis sudah merakam percakapan enam saksi termasuk suspek dan siasatan berkait kes ini masih diteruskan.


Dalam pada itu, katanya, kedua-dua motosikal iaitu milik mangsa dan suspek akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 3275760416290478503

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item