[VIDEO] Tiba-tiba rebah, imam masjid menghembuskan nafas terakhir di court badminton

IMAM Masjid Muadz Bin Jabal di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Muadzeen Ackil dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bermain badminton pada Khamis malam.

Allahyarham yang juga Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 2020 itu rebah secara tiba-tiba ketika bermain badminton di sebuah gelanggang.

Dia kemudiannya difahamkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia.

Berkongsikan mengenai berita pemergian Muadzeen ialah pendakwah bebas, Shahrizan Daud At Turabi.

"Awal subuh Jumaat hari yang penuh berkat ini, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan Imam yang sama berkhidmat di Masjid Muaz Bin Jabal Tmn telah meninggal dunia.

"Dia rebah selepas bermain badminton malam tadi dan tidak berjaya dipulihkan serta disahkan meninggal dunia," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.



Menurut Shahrizan, Muadzenn, 58, yang berasal dari Lombok, Indonesia itu turut bertugas bagi mengajar jemaah di masjid berkenaan untuk membaca al-Quran, tajwid dan taranum.

Katanya, Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang imam ratib yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas serta amanahnya.

"Saya bersaksi bahawa beliau adalah orang yang soleh dan tidak melakukan perkara mungkar sepanjang hidupnya," ujarnya.

Tambah beliau, hasil sumbangaan jemaah masjid, Muadzenn ketika hayatnya turut menyelaraskaan pembinaan rumah ibadah yang juga diberikan nama Masjid Muadz bin Jabal di Lombok bagi menjadi pusat pengajian Islam dan al-Quran.

Dalam pada itu, jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid Muadz bin Jabal pada Jumaat sebelum dikebumikan Tanah Perkuburan, Raudahtul Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur.

Hadir sama ketika solat jenazah ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad. 

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 7403836864514964673

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item