VIDEO : Pakcik Meng4muk Dalam Kedai Makan Selepas Ditegur Jangan Merokok Dalam Restoran


Masalah pelanggan restoran yang kekal degil menghisap rokok di dalam premis restoran tidak akan berakhir. Walaupun jelas terpampang papan tanda larangan merokok, mereka ibarat tiada common sense untuk menghormati pelanggan lain yang turut sama makan di restoran.


Semalam, seorang pengguna di Twitter telah berkongsi satu video di mana seorang lelaki berusia naik angin terhadap sekumpulan pemuda kerana menegurnya untuk jangan merokok di dalam restoran.

Lelaki berkenaan berkata tindakan pemuda berkenaan yang menegur dirinya adalah satu tindakan yang biadab dan menambah mamak di restoran terbabit juga tidak pernah tegurnya untuk berhenti merokok di premis terbabit sebelum ini.


Ketegangan itu diredakan oleh seorang pemuda lain yang dilihat menenangkan perokok itu. Perakam video juga telah menunjukkan lokasi di mana perokok itu duduk dan di mana kedudukan mereka pada ketika itu. Jelas terdapat stiker ‘No smoking’ pada meja tersebut.


Rata-rata netizen bersetuju dan memuji tindakan pemuda itu yang berani menegur perokok yang biasanya ‘pantang ditegur’. Begitu juga ada yang memberi nasihat bagaimana untuk menjadi perokok yang beretika dan tidak mengganggu pelanggan restoran yang lain.


Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah sedia maklum tentang kejadian itu. Semoga kejadian ini jadi iktibar buat semua. Buat para perokok, jadilah perokok yang beretika dengan menghormati orang lain di sekeliling.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 5126501884570055140

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item