TERKINI ! Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Keluar Bilik Mahkamah Mata Bengkak


Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof yang sepatutnya melafazkan talak kepada Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, mengubah fikirannya.


Mereka sepatutnya bercerai pada hari ini secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1984.


Disebabkan tiada lafaz talak pada hari ini, kes ini nampaknya akan berpanjangan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaludin Ilyas.


Puteri Sarah, 38, ketika keluar dari bilik mahkamah dilihat berang dan matanya bengkak dipercayai kerana menangis.


Terdahulu, Sarah hadir ke mahkamah mengenakan sepersalinan berwarna putih memberikan simbolik kebebasan dan akui tidak sabar untuk ‘move on’ serta jalani kehidupan baru selepas ini.

Sebelum itu, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada persetujuan.


Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.


Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.


Antara terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.


Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 4423924840561107102

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item