SANGAT BIADAP ! Penyanyi Terkenal Sengaja Bersahur Dengan Meneguk Arak


Mengejutkan! Tiada angin, tiada ribut timbul satu lagi isu panas lagi memalukan di bulan Ramadan mengenai selebriti dipercayai dari salah seorang ahli kumpulan pop tersohor tanah air diminati ramai.


Memetik portal Boom!, seorang pengguna TikTok telah mengirimkan sebuah video memalukan yang memaparkan selebriti berkenaan yang juga cucu kepada pelakon veteran sedang asyik ‘minum’ bersama rakan-rakan.





Video berdurasi 12 saat itu turut merakam suasana di sebuah majlis yang dipenuhi tetamu bercampur gaul antara lelaki dan wanita.



Hanya dengan sekilas pandang, wajah selebriti yang dahulunya pernah menyatakan tidak mahu menumpang populariti neneknya dapat dilihat dengan jelas sekali.


Dalam video berkenaan juga, penyanyi berkenaan amat sakan bergelak ketawa bersama rakan-rakan, selain turut kelihatan seorang lelaki berbangsa Cina sedang menuang air ke dalam gelas yang dipegang oleh mereka yang berada di situ.


Menurut sumber, dia cukup yakin bahawa minuman tersebut adalah arak meskipun tidak dinyatakan jenama pada label botol berkenaan. Namun, sumber tidak menjawab apabila ditanya mengenai lokasi dan waktu rakaman tersebut diambil.


Apa-apa pun, didoakan agar penyanyi berkenaan kembali ke jalan yang benar lebih-lebih lagi di bulan Ramadan penuh kemuliaan meskipun pemakaiannya sering menjadi pertikaian warganet.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 5518325583399412955

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item