"SAMPAI POLIS DATANG RUMAH !" - Berang Dituduh Melebih-Lebih, Diana Bongkar 'AIB' Farid Kamil



PELAKON Diana Danielle menyangkal dakwaan dia memfailkan penceraian disebabkan insiden 'petik cili' seperti dikatakan oleh suaminya, Farid Kamil menerusi temu bual program Melodi pada Ahad.


Diana atau Diana Danielle DAnny Benson, 32, sebaliknya berkata, dia membuat permohonan itu dua hari sebelum kejadian tersebut malah perkara itu diketahui oleh Farid.


Malah kata pelakon filem Imaginur ini, Farid turut meminta dia meneruskan permohonan tersebut tanpa sebarang keraguan.


"Siapa kata insiden petik cili sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum kejadian tersebut yang mana menjurus kepada hari petik cili.


"Dia tahu, bukan tak tahu. Saya ada beritahu dia saya failkan perceraian. Dia kata pergilah malah suruh saya cepatkan. Sekarang apa? buat-buat keliru," katanya.




Diana membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada petang Ahad.


Insiden 'petik cili' merujuk kepada anak perempuannya Aurora, 8, yang masuk ke rumah jiran dan memetik cili daripada pokok tanpa izin.


Farid memberitahu sebagai bapa dia menegur sikap anaknya itu dan bertindak mendenda Aurora yang membuatkan Diana tidak berpuas hati.


"Apa yang berlaku, Aurora masuk ke rumah jiran dan petik pokok cili. Saya nampak, sebagai bapa saya cakap pada dia, Aurora awak buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang 'consider mencuri. Babah ajar ke, ibu ajar ke, siapa ajar dia buat macam itu. Dia kata tiada siapa yang ajar.


"Saya suruh kawan dia balik dan denda Aurora. Saya kata Aurora nak kena rotan ke atau stand (berdiri) di dinding untuk denda. Jadi, dia pilih untuk pergi ke dinding. Sedang dia jalani denda itu, Diana sampai dan dia tak puas hati dengan apa yang saya buat pada Aurora," katanya.


Disebabkan insiden itu, Aurora didakwa trauma dan tidak bersedia bertemu dengan Farid.


Dalam pada itu, Diana menjelaskan dia tidak akan memaksa Aurora untuk bertemu Farid memandangkan anak perempuannya itu masuk dalam keadaan trauma disebabkan insiden tersebut.


Dia boleh buat perkara ini nampak kecil tapi apa yang saya nampak, amukan pada hari itu bukannya kecil.


Kata Diana, Aurora sudah cukup besar untuk bercakap bagi pihak dirinya sendiri dan sebagai ibu dia tidak akan menafikan apa dirasakan oleh anak perempuannya.


"Takkan saya nak paksa dia hanya untuk buat semua orang gembira? Sebenarnya Muhammad ada tanya jika dia boleh balik raya di Kedah pagi tadi tapi Aurora tanya adakah dia kena pergi sama.


"Saya tak takut, Aurora dah lapan tahun, dia boleh bercakap sendiri. Kalau orang fikir saya yang suruh dia bercakap, sampai bila? Dia ada perasaan dan ambil masa berminggu untuk berhenti menangis bila kami sebut nama dia (Farid).


"Kalau awak fikir ini perkara kecil, terpulang. Awak tak boleh nafikan bagaimana dia rasa," jelasnya.




Diana mendedahkan, pada hari kejadian, dia terpaksa menghubungi pihak polis bagi membawanya dan anak-anak keluar daripada rumah mereka dengan selamat memandangkan Farid mengamuk besar.


Dakwa Diana, Farid juga enggan membuka pintu ketika polis datang ke rumah mereka dan menunggu selama berjam-jam di hadapan kediaman mereka.


"Dia boleh buat perkara ini nampak kecil tapi apa yang saya nampak, amukan pada hari itu bukannya kecil. Kalau ia kecil kenapa waktu saya telefon polis untuk ambil kami di rumah itu, polis ketuk pintu dia tak buka?


"Mereka (polis) ketuk berjam dan menunggu saya untuk ambil anak-anak melalui pintu depan tapi sebaliknya kami panjat sebab dia enggan buka pintu, kenapa?," dedahnya lagi.




Menerusi perkongsian lain, Diana juga meluahkan seolah-olah sudah mengalah untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu itu.


"Menarik bagi setengah orang boleh buat permohonan maaf dengan lantang secara terbuka tapi tidak secara peribadi.


"Saya tidak minta apa-apa lagi dah, saya tak akan minta apa-apa lagi. Sudah," luahnya.


Pada sebutan kes penceraian pasangan itu pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.


Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 3356887159561874566

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item