"Saya Hanya Buat Kerja Wak.. Kenapa Kutuk Saya Gitu..." - Aliff Syukri Dedah Kisah Sebenar


 Nama usahawan terkenal dan kontroversi berpisah tiada, Datuk Seri Aliff Syukri kembali dikecam kerana ‘content’ bergaduh dengan pelakon pula.


Aliff Syukri bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden pasu hiasan berharga RM400,000 yang didakwa dipecahkan Yana Samsudin.


Menerusi sosial media, Aliff meluahkan rasa sedih apabila dihina warganet sedangkan beliau hanya ‘menjalankan tugas’ semata-mata.


“Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan orang ramai kepada saya melampau.


“Sedih saya. Untuk elakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada pemasaran mana-mana pihak mahupun tiada pergaduhan sebenar.


“Apa salah saya kenapa korang kutuk saya sebegitu? Saya hanya buat kerja saya saja. Awak caci, maki saya apa salah saya?


“Cuba awak tengok video ni. Inilah perkara yang sebenar,” ujarnya






Jelas kelihatan Yana di penghujung video terkejut apabila mengetahui semua itu hanyalah ‘prank’.


Warganet akui sudah bosan dengan teknik pemasaran Aliff Syukri yang sering tular kerana menimbulkan salah faham.


“Islam tak suka penipuan. Walaupun buat lawak, apatah ‘prank’ orang. Cukup-cukup la buat kandungan ‘prank’ macam ni,” kata Dhiaabdullahdiary.


“Gara-gara cacian netizen, elemen kejutan dalam sesebuah rancangan ‘prank’ dah tak menjadi dah. Kasihan,” tambah seorang lagi pengguna.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 3698717042478472635

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item