“Dia Dah nyawa-nyawa ikan, mulut berbuih !” Berita sedih buat Peminat Hidayah Sama-sama kita doakan



Sebelum ini, balu kepada pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali mendakwa dia dan anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan dengan gangguan sihir sejak suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lepas.


Justeru itu, Hidayah meminta jasa baik orang ramai berkongsi informasi mengenai pakar perubatan Islam yang boleh merawat ilmu hitam tersebut.

Sedih lihat tahap kesihatan anak saudara

Terbaharu, perkongsian abang kepada Hidayah iaitu Mohd Azmier Zmier di platform Facebook pada hari ini menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi keadaan anak saudaranya, Hamzah.


Dalam hantaran tersebut, Mohd Azmier menyatakan dia sedih melihat kudrat Hamzah yang sudah tidak larat untuk memegang sudu sewaktu makan gara-gara menjadi mangsa sihir di usia masih bayi.


“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh..

“..hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau (individu hantar sihir) buat anak ayah,”luahnya.

Derita sihir sejak Abam meninggal, diganggu setiap malam…

Tambah Mohd Azmier, anak saudaranya itu banyak menderita sejak ayahnya iaitu Abam Bocey meninggal dunia di mana kanak-kanak berusia 4 tahun itu masih bayi lagi.


Antaranya adalah Hamzah sering diganggu pada setiap malam sehingga menyukarnya mendapat tidur yang lena selain menangis teresak-esak.


“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby.

“Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital,”ceritanya.


Sampai rosak sistem urat saraf!

Jelasnya lagi, angkara sihir yang dihantar oleh individu berkenaan itulah telah menyebabkan anak saudaranya terpaksa menanggung derita kesakitan sehingga merosakkan sistem urat saraf dalaman kanak-kanak itu.

“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah.

“Apa ucuk aku buat pasal kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku,”luahnya lagi.


Sampai dah nyawa-nyawa ikan, mulut berbuih!

Apa yang membuatkan dia kasihan dan bertambah kesal dengan perbuatan syirik itu adalah nyawa Hamzah turut seperti nyawa-nyawa ikan selain mulutnya berbuih.


“Ni aku dah tak boleh tahan dengan kau, kau sanggup buat pada budak memang kau tak ada telor! Sampai dah nak nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.

“Budak bukan lawan kau! Mari sini kau, berlawan dengan aku! Apa kau nak sebenarnya ya penyihir! Allah bersamaku, kau bermain dengan syaitan,”berangnya.


Meskipun hatinya sakit melihat penderitaan yang ditanggung oleh anak kepada Abam Bocey, namun sebagai bapa saudara, Mohd Azmier tetap berikhtiar agar Hamzah kembali sihat dan pulih dari perbuatan syirik.


“Sabar ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis dan melukis memegang macam orang biasa.

“Orang yang sihir anak ayahjang ini akan terima balasan Allah,”tulisnya.


Untuk rekod, Abam mendirikan rumah tangga dengan Hidayah pada 2017. Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.


Hasil perkahwinan, mereka berdua dikurnikan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 4 tahun.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 185741782362653756

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item