VIDEO : Dah elok-elok pakai tudung dikangkangnya depan juri, peserta bertudung dikecam netizen

 

Dah elok-elok pakai tudung dikangkangnya depan juri, peserta bertudung dikecam netizen.

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok mengenai satu hantaran video memaparkan seorang peserta ujibakat program Pencarian Wanita Melayu 2022 yang diadakan di sebuah pusat membeli belah telah menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang peserta bertudung dan berkasut tumit tinggi berwarna merah cuba untuk menunjukkan bakatnya dalam melakukan tarian sehingga boleh melenturkan badannya kebelakang sebelum turut melakukan backflip.


Bagaimanapun, tarian yang dilakukan wanita itu tidak disenangi oleh para penonton dan dikritik oleh netizen yang rata-rata mempersoalkan dimanakah adat Melayu yang cuba ditunjukkan oleh wanita itu.

Dah elok-elok pakai tudung, dikangkangnya depan juri, adoi – Netizen.

“Baru nak tanya, tarian melayu negeri mana ni?” tulis seorang warganet.

“Tang mana melayunya?,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Difahamkan, pusat membeli belah dipercayai di Plaza Shah Alam itu kini sedang giat menjalankan ujibakat bagi mencari wakil wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi.

Menurut laman rasmi Plaza Shah Alam, antara ciri-ciri wanita yang mereka cari adalah mempunyai kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 9118768789673070197

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item