Tragedi Kebakaran Korbankan 4 Beradik, Ibu Akhirnya Dedah Kenapa Terpaksa Tinggalkan Anak Dirumah



Tragedi kebakaran yang menyebabkan 4 beradik meninggal dunia malam semalam di Kampung Sabak Awor, Muar sememangnya menyedihkan kerana kejadian berlaku sewaktu berbuka puasa.


Mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemui tidak sedarkan diri di bilik air rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri sewaktu rumah dihuni mereka terbakar.


Dapat dilihat yang ibu mangsa tidak henti-henti memegang dan mengelap air mata menggunakan pakaian tadika anaknya yang sudah tiada.


Mereka juga tergesa-gesa keluar dari perkarangan Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah.


Untuk rekod, pihak polis mengatakan siasatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku litar pintas dipercayai bermula dari dapur.


Memetik laporan dari Harian Metro, jenazah 4 beradik iaitu  Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4; dan Fatihah Aisyah, 3; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 8.15 malam.


Ibu dan bapa kesemua mangsa,  Nabila Sedu, 31; dan Thein Ko Htut, 30 kelihatan sugul dan tidak bermaya apabila anak-anak mereka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan  Islam Batu 6, Bakri.


Dalam kebakaran yang berlaku sekitar 7.45 malam itu, hampir 70 peratus rumah sewa yang dihuni mereka sejak 4 tahun lalu musnah dipercayai berpunca dari litar pintas.


Tragedi yang berlaku begitu cepat itu terjadi sewaktu ibu mereka keluar ke kedai untuk menyediakan juadah berbuka manakala bapa sedang berada di tempat kerja.


Kesemua mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 4295699096027836193

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item