Salam Takziah. Sama-sama kita doakan Berita Sedih Buat Peminat Abby Abadi

 

BEKAS anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi menzahirkan ucapan penghargaan buat semua yang telah membantu dalam pengurusan jenazah ibunya, Allahyarham Hasnah Abu, 76, yang meninggal dunia pada Khamis.

Reda dengan pemergian ibunya, Abby juga bersyukur segala urusan dipermudahkan selepas ibunya disahkan meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

"Segalanya dipermudahkan. Kami reda dengan perpisahan di dunia yang sementara ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah mak tersayang kami.

"Kepada adik-beradik, orang-orang sekeliling yang pernah membantu mak sewaktu sakitnya, jaga ketika dialisis dan waktu masuk wad, tolong mak saya uruskan apa yang dia tak mampu uruskan sendiri... terima kasih untuk segalanya," katanya.

Abby menulis kata-kata itu menerusi ruangan kapsyen hantaran video yang dimuat naik di laman Instagam miliknya.

Dalam video berkenaan turut kelihatan suami Abby bersama bekas suaminya iaitu pelakon Norman Hakim sama-sama membantu mengangkat jenazah bagi proses pengkebumian.

Abby juga turut menitip doa agar roh ibunya akan sentiasa diberi rahmat Ilahi.

"Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk.

"Bersihkanlah dia daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih daripada kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka," tulisnya.

Kami reda dengan perpisahan di dunia yang sementara ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah mak tersayang kami
ABBY ABADI

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Asar pada Khamis.

Allahyarham Hasnah yang menghidap sakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu tiba-tiba pengsan ketika menjalani rutin rawatan dialisis pada Khamis sebelum meningal dunia.

Bercakap kepada mStar sebelum ini, suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria memberitahu, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ditempat sama.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 7136366809131493935

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item