Salam Takziah Sama-sama kita doakan Berita Sedih Buat Peminat DJ Lin


PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin berkongsi berita duka pemergian abang tercinta, Mohd Yusof Abd Majid yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.10 pagi, Isnin.

Sebak menerima perkhabaran itu, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 47, mengakui sedih kerana tidak dapat menatap wajah abangnya itu buat kali terakhir kerana berada di Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.

"Saya rasa sedih sebab tak dapat nak menatap wajah arwah Abang yang saya panggil sebagai Usop buat kali yg terakhir.

"Saya hanya mampu mendoakan agar Roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dilapangkan kuburnya, diampuni segala dosa-dosanya serta tenang di alam sana," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut DJ Lin, semasa menerima khabar itu, dia berada di Madinah dan baru selesai menunaikan solat tarawih.

Katanya, berita itu benar-benar meninggalkan kesan buat dirinya lebih-lebih lagi dia baru kehilangan ibu tercinta pada 24 Jun tahun lalu.

"Saya masih di Madinah. Hari ni masuk hari kelima di sini. Saya dapat tahu berita kematian abang sebaik sampai ke bilik hotel selepas pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Nabawi.

"Tak tahu nak gambarkan perasaan dalam hati ini macam mana sebab rasa sedih dan sebak akibat kehilangan arwah mak tahun lalu masih lagi terasa hingga ke saat ini," ujarnya.

Saya rasa sedih sebab tak dapat nak menatap wajah arwah Abang yang saya panggil sebagai Usop buat kali yg terakhir.

Bercerita mengenai pemergian abangnya itu, DJ Lin berkata pada awalnya Yusof mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas.

Arwah tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4.40 pagi dan pasukan perubatan tiba di rumah pada pukul 5.10 pagi membawanya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

"Pukul 4.35 pagi tadi abang ada beritahu isteri dan anak-anak yang dia sukar bernafas. Pukul 4.40 pagi dia dah tak sedarkan diri.

"Ambulans datang pada pukul 5.10 pagi dan petugas buat pemeriksaan mengesahkan abang sudah meninggal dunia," katanya.

Untuk rekod, Yusof, 59, yang merupakan petugas Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meninggalkan seorang balu, Norli bersama enam orang cahaya mata.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 5586223662501172298

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item