“MACAM IMAM MASJID NABAWI !!!” Satu Malaysia ‘CAIR’ Dengar Kahar Kapla Mengaji, Merdu Betul Suara Dia

 

Sehingga ke episod terakhir, momentum sokongan ramai drama Projek High Council nampaknya menjadi fenomena sehingga ke penghujung siri ini. Drama ini adalah sebuah karya Astro Originals yang menampilkan barisan pelakon baharu dan senior yang telah menjadikan drama ini tampil dengan jalan cerita yang agak berbeza dari kebanyakan drama yang sering dipaparkan di televisyen.

Pelakon yang semakin mencuri tumpuan umum hari ini adalah Amir Ahnaf yang membawakan watak sebagai Kahar, Naim Daniel sebagai Azam atau Ayam, Nadhir Nasar sebagai Naim, Azhar Sulaiman sebagai Firdaus Ismet dan ramai lagi pelakon baharu yang cukup berbakat.

Nama Amir Ahnaf kini yang semakin popular kini sekali lagi mencuri tumpuan ramai, Amir yang cukup dikenali dengan watak ‘Kahar’ ini telah menunjukkan kebolehannya mengaji dan akhirnya telah buatkan ramai wanita ‘cair’ menontonnya.

Bagi yang menonton siri ini, semua tahu bahawa Kahar ini adalah sebuah watak seorang pelajar antagonis, watak yang dibawakan oleh Amir sangat menjadi sehingga ramai yang menjadikan ianya parodi dan ikut-ikutan.

Namun lain pula kali ini, Kahar menunjukkan kebolehannya mengaji siap dengan lenggok sambil mengalunkan suara yang merdu, pastinya ia akan membuatkan ramai wanita jatuh hati dengan bakatnya itu.

Ini adalah rakaman video yang telah tular berkenaan disini:


Ternyata diluar dari lakonan siri fenomena ini, Amir memiliki personaliti yang cukup berbeza berbanding dengan karakter Kahar dalam drama ini. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut menunjukkan reaksi positif, memuji dan turut jatuh hati untuk menjadikan Amir sebagai calon suami.

Walaupun dalam drama nampak macam budak jahat, tapi ternyata realitinya Amir adalah seorang yang berpendidikan dan turut mempunyai didikan agama yang baik. Berbekalkan wajah kacak ala-ala Faizal Hussein semasa muda dahulu, tidak hairanlah, beliau kini semakin dikenali dan semakin tular di laman tiktok.

Adriana Comel: inilah calon suami saya yang sesuai bila tengah mengaji

Lia: ini la calon suami saya

Mia: Aku suka la macam ni
Kaa: bila bercakap macam suara kahar kapla, bila mengaji macam suara imam masjid nabawi, lovelaa suara amirr

Awokfit8: dia bukan takat laju je, makhraj pun dia jaga

Mivi: Ayah saya suka la camni

Amir Ahnaf atau nama penuh Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin telah dilahirkan pada 17 Februari 2000. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pelakon dan model di Malaysia.

Nama beliau mula meningkat setelah kemunculannya dalam Siri Astro Originals Projek High Council yang membawakan watak Kahar, seorang pelajar di KUDRAT. Dalam siri ini, dia digelar sebagai Kapla High Council yang baru sahaja diterbitkan pada tahun 2023.


Merupakan anak kelahiran negeri Terengganu, beliau adalah anak sulung daripada 9 orang adik beradik. Amir bukan sahaja hebat dalam dunia lakonan, tapi juga merupakan pelajar sekolah elite dari Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu. Amir adalah ketua pelajar yang memegang jawatan Presiden Badan Wakil Pelajar dan turut mempunyai ilmu persilatan yang disertainya sejak tingkatan 1 sehinggalah ke tingkatan 5.


Pengalaman beliau dalam latihan silat banyak membantunya dalam membawakan watak Kahar yang penuh dengan adegan ‘fighting’. Dapat kita lihat aksinya dalam drama ini seolah-olah seperti kejadian pergaduhan sebenar yang cukup mendebarkan.

Semoga Amir Ahnaf terus meniti kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 2323249112370819098

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item