‘KORANG JANGAN TERTIPU DENGAN AIR MATA UQASHA NI !” Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Ketika Zaman Sekolah Kini Dah Terima Balasan, Dedah Bukti Sikap Sebenar Uqasha

 

Kata orang, kalau tidak ada angin masakan pohon bergoyang. Siapa sangka, pada waktu tegang yang dihadapi oleh pelakon Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli, kini muncul pula dakwaan bahawa aktres cantik ini sebenarnya merupakan pembuli.

Sabar! Jangan terus menghukum, menurut pemerhatian Murai MY, dakwaan berkenaan menjadi kecoh dan hangat apabila tular rentetan perkongsian di Twitter seorang wanita yang mendakwa dia pernah dibuli oleh pelakon wanita popular itu ketika zaman persekolahannya.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna Twitter ada memuat naik gambar meluahkan rasa simpati di atas apa yang terjadi pada suami kepada pelakon Uqasha Senrose yang diserang sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala ketika di sebuah acara di Singapura.

Apa yang lebih mengejutkan warganet, wanita berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai mangsa buli ini telah membuat “kenyataan berani” apabila tampil membuat pendedahan mengenai perlakuan Uqasha yang mungkin tidak diketahui ramai.


Bukan itu sahaja, wanita itu turut memberi bukti dengan memuat naik gambar sekelas dengan pelakon wanita berkenaan. Malah, dia juga mengakui pernah mengalami gangguan seksual apabila “si pembuli” menyantuh dadanya tanpa izin.

Disebabkan kejadian buli terbabit, dia jmendakwa dirinya telah mengalami tekanan serta pernah mahu membunuh diri dan merayu kepada ibunya untuk berpindah sekolah.

Menjengah ke ruangan komen thread tweet berkenaan, perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi serta menimbulkan pelbagai persoalan mengenai motif  tindakan wanita terbabit yang bertindak  membuat pendedahan sedangkan ianya didakwa merupakan cerita lama.

Meskipun ada yang meluahkan perasaan ragu-ragu namun ada juga warganet yang bertindak untuk mempertahankan wanita tersebut yang mengalami trauma bertahun-tahun sedangkan si pembuli hidup senang tanpa rasa bersalah.


Namun begitu, Murai MY juga mendapati bahawa selebriti berkenaan telah memberi respon kecewa dengan dakwaan berkenaan melalui tweet di akaun Twitter beliau.

“Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi pada saya dan suami, ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli… Dengan satu gambar itu saya dah di cop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria? -keluh Uqasha

“Dalam keadaan begini lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Jelas melalui ciapannya itu, Uqasha  meluahkan rasa terkilan apabila menjadi mangsa fitnah seorang individu yang menuduh dirinya pembuli semasa zaman persekolahan.


Uqasha berkata, dia terkejut dan trauma dengan tuduhan yang dilemparkan itu. Enggan dirinya terus difitnah, Uqasha tampil membalas ciapan individu itu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa selain menyerahkan segala maklumat untuk pihak polis membuat siasatan.

Meskipun isu buli dalam kalangan remaja ini bahkan semakin merisaukan banyak pihak serta biarpun pelbagai garis panduan, peringatan dan nasihat dihimpunkan menerusi media massa, penyelesaian gejala sosial ini masih lagi kabur.

Oleh yang demikian orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu berkenaan kerana kebenaranya masih belum dapat dibuktikan lagi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 7934143185955283425

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item