Kereta Hancur ! Pemain Badminton Dan Ibu Maut Dalam Kemalangan

 

Pemain badminton Indonesia, Syabda Perkasa, 21, dilaporkan meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan yang berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin.

Tragedi yang berlaku sekitar jam 3.40 pagi itu turut mengorbankan ibu pemain berusia 21 tahun, Anik Sulistyowati, 48 dan kedua-dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian.


Sementara itu, bapanya Muanis Hadi Sutanti dan dua kakaknya iaitu Diana Sakti Anistyawati dan Tahta Bathari Cahyaloka pula mengalami kecederaan. Mereka menerima rawatan di RSI Al Ikhlas Pemalang.

Kapolres Pemalang, AKBP Yoyan Fatika Handhiska Aprilaya berkata, Syabda dan keluarganya dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad malam.

“Rombongan ini berangkat kurang lebih kurang pukul 11 malam dari Bekasi yang semula korban S ini membawa mobil dari rumah sampai KM57 yang ada di Cikampek Karawang,”kata Yoyan kepada detikJateng.


Bagaimanapun, ayah Syabda pula menggantikannya memandu kereta sebaik sahaja sampai sahaja di kawasan rehat di Cikampek.

Menurut laporan media tempatan, kereta yang dipandu bapa Allahyarham Syabda itu dipandu laju sebelum merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang.

“Di ruas jalan Tol Km 315 di jalur A arah Pemalang menuju Semarang telah terjadi kecelakaan lalu lintas satu buah mobil sedan jenis Camry menabrak kendaraan truk yang berada di depannya, yang mana di dalam mobil ada 5 orang, 1 pengemudi dan empat penumpang,” ungkapnya.


Pihak polis mengesyaki punca kemalangan tersebut berlaku disebabkan pemandu memandu dalam keadaan letih.


Sementara itu, pihak polis masih menjalankan siasatan dan memanggil beberapa saksi kejadian bagi merakam keterangan.

Sekadar info, jenazah Syabda dan ibunya serta nenek dikebumikan dalam satu liang lahad pada tengahari Isnin di kampung halaman mereka di Sragen.

Sepanjang karier Syabda dalam dunia sukan badminton, beliau tersenaai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.


Beliau juga telah meraih tiga kemenangan kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022.

Seterusnya, Syabda turut meraih kejuaraan di Iran International 2023 dan kini berada di kedudukan 135 dunia dalam senarai pemain badminton antarabangsa.

Sesungguhnya, kehilangan Syabda sangat dirasai khususnya buat Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) dalam arena badminton.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 803198351600113799

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item