“Isteri Akhir Zaman Dambaan Lelaki...” Ramai Terkejut Dengan Tindakan Zainal Abidin Ini Waktu Fyna Jebat Tengah Sakan Menyanyi

 

Sebelum ini, kecoh apabila bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin dikhabar sudah pun berkahwin lagi satu bersama penyanyi muda iaitu Fyna Jebat tanpa pengetahuan isteri pertama, Datin Zalini hingga berlaku satu pertelingkahan di sebuah restoran.

Bagaimanapun, isu terbabit difahamkan sudah pun berakhir selepas Datin Zalini dan madu mengambil keputusan untuk selesaikan ia secara baik dengan menarik balik laporan polis.

Terbaharu, pihak hlive ada memuat naik satu video di laman Instagramnya memaparkan Zainal Abidin sedang merakam isteri kedua, Fyna membuat persembahan di sebuah majlis.


Boleh dikatakan pasangan tersebut jarang sekali dilihat bersama di hadapan kamera ataupun di mana-mana platform media sosial, jadi video yang dimuat naik itu sememangnya menarik perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya lebih meninggalkan reaksi negatif berbanding positif, lagi-lagi setelah melihat Fyna terkinja-kinja di hadapan khalayak ramai dan suaminya ‘syok’ merakam tanpa rasa segan silu.

komen netizen

Bukan saja kurang senang melihat video tersebut, malah ramai juga yang menegur nyanyian Fyna Jebat sangat sumbang.

Sekadar info, pergaduhan di antaran Fyna Jebat dan isteri pertama berlaku setelah Datin Zalini terasa dengan sindiran penyanyi tersebut di dalam sebuah program TV, Famili Duo.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 1367206132024214505

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item