“Demi Allah Saya Tak Ada Niat Nak Balas Dendam, Tapi ....” Datuk Yusof Haslam Buat Tindakan Berani M4ti Bila Dapat Tahu Aaron Aziz ‘DIBUANG’ Syamsul

 

Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam menawarkan peluang lakonan kepada aktor Datuk Aaron Aziz dalam filem terbaharu terbitan produksinya Skop Productions.

Memetik mStar Online, Yusof berkata beliau mengambil Aaron  berlakon adalah secara kebetulan apatah lagi pelakon itu digugurkan dan tiada niat lain.

“Sebenarnya pada ketika itu saya memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.

“Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.

“Benda ini tiada niat, Syamsul itu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada (niat) itu,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia tidak mahu mengambil tahu mengenai kemelut melanda antara Aaron dan anaknya serta mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Bagi saya mungkin ada salah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digugurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat. Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa prejudis.

“Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya… begitu juga dengan Aaron. Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik,” katanya.

Sementara itu, Yusof mengakui sedih apabila ada yang berkata mahu memboikot filem arahan Syamsul kerana kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah.

“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

“Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, itu masalah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia,” katanya.

Terdahulu, Aaron mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Bagaimanapun, Aaron enggan mendedahkan punca dia dibuang kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 233598062806608060

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item