"Shuk tersiksa dulu sebab kau !” Rossa Sera Dedah Fara Tetap tak puas hati walaupun dah cerai dgn Shuk

 


Meskipun pasangan suami isteri Shuk Sahar dan Rossa Sera dilihat ada mengerjakan umrah berdua baru-baru ini, difahamkan hubungan perkahwinan antara mereka sudah pun berakhir.


Rossa dilihat memberi bayangan mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Instagram


Dalam hantaran itu, Rossa juga sempat meluahkan rasa kesal dan amarahnya terhadap seorang wanita bernama Fara yang dipercayai menjadi orang ke-3 dalam rumah tangga mereka.


Kata Rossa, Fara masih mengganggu kehidupannya meskipun sudah tidak tinggal sebumbung bersama Shuk malah turut mengeji dan menghina anak-anaknya.


Jahatnya manusia macam kau ni. Aku jadi saksi dengan mata kepala sendiri macam mana Shuk terseksa dulu sebab kau. Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami suami isteri.


Kau ugut macam-macam sampai bercerai berai pun. Tetapi kau masih sia-siakan dia. Paling tak boleh blah bila dia tak nak layan, kau mula provoke macam-macam dulu.


Dalam satu hantaran lain, Rossa ada memuat naik tangkap layar perbualan Shuk yang cuba memujuknya kembali namun wanita itu sudah tawar hati dan menganggap hubungan perkahwinan  mereka sudah pun berakhir.


IG StorySumber : Instagram  
IG StorySumber : Instagram  
IG STORYSumber : Instagram  
IG Story


Berpisah banyak mengajar kami jadi ibu ayah yang baik demi masa depan anak-anak. Hubungan kami sebagai kawan lebih sihat daripada dulu rasa hidup macam neraka.


Terdahulu, pasangan ini bertindak mengunci mulut mengenai status sebenar rumah tangga mereka setelah isu pergolakan dalam perkahwinan kedua-duanya berlanjutan selama beberapa tahun.


Shuk dan Rossa bernikah pada tahun 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 6 dan 3 tahun.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 3265053997999880343

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item