Suami Sering Jadi Gha!rah di pejabat, Isteri rasa ‘Tak Senonoh’... rimas selalu Kena Video Call Layan Kehendak

 

TIDAK dinafikan hubungan intim suami isteri merupakan salah satu cara yang dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga.


Malah, suami memberi nafkah batin kepada isteri juga diwajibkan dalam Islam.


Baru-baru ini tular di Twitter luahan masalah seorang isteri yang sudah berkahwin dengan pasangannya lebih setahun.


Tanpa mendedahkan identitinya, dia mengadu sudah tidak tahan dengan suaminya yang sering meminta untuk melayan nafsu seksnya ketika sedang bekerja dan meminta pandangan pengguna Twitter yang lain.


"Saya dah kahwin setahun lebih dan berkenalan selama tujuh hingga lapan tahun. Suami saya selalu pesan kalau ada masalah jangan cerita dekat orang termasuk keluarga.


"Tetapi untuk sekarang, rasanya saya perlu minta pendapat orang lain," luahnya.


Dia yang baru sahaja dikurniakan seorang bayi yang kini berusia dua bulan bertanya kepada warganet adakah normal bagi seorang suami meminta melakukan seks dalam talian.


Menurut pengadu, selepas pulang bekerja dia adakalanya penat dan tidak dapat melayan kehendak seks suaminya.


"Saya dengan suami bekerja dan kami dah ada baby seorang baru sahaja dalam dua bulan lebih umur dia.


"Saya nak tanya normal ke kalau suami minta layan online? Maksudnya kena video call atau face time untuk puaskan nafsu dia.


"Kadang-kadang dekat tempat kerja bila dia tiba-tiba ghairah, dia akan minta video call untuk puaskan dia. Jadi saya kena curi-curi pergi tandas untuk video call dan layan dia. Normalkah?" ujarnya.


Bagaimanapun wanita itu berkata dia sudah memberitahu suaminya bahawa dia tidak suka dilayan sebegitu kerana menganggap kelakuan tidak senonoh walau sudah berkahwin.


Namun, apa yang diperkatakan tidak diendahkan suaminya yang memberi alasan tanggungjawab isteri perlu melayan nafsu seks pasangannya.


Pengadu turut bertanya adakah dia berdosa melayan suami dalam keadaan tidak rela walaupun tahu tentang tanggungjawab seorang isteri.

"Saya pernah cakap dengan dia benda ni. Tapi lelaki kan. Dia kata dia kena 'lepaskan' juga kalau tak dia tak boleh nak kerja.


"Jadi bila macam tu saya terpaksa layan dia dalam keadaan terpaksa dan tak rela. Berdosakah saya?


"Nak tanya normalkah benda ni?" ujarnya.


Rata-rata netizen berpandangan permintaan suaminya itu adalah tidak normal dan dia perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor.


"Saya rasa tak normal. Sebab bila dekat tempat kerja, kita fokus pada kerja dan tiada masa nak ghairah. Melainkan dia fokus pada benda lain. Kena periksa tu sebab mungkin suami awak jenis senang ghairah dan otak kotor. Risau tengok perempuan lain pun dia ghairah dan bayangkan bukan-bukan.


"Pergi bawa jumpa doktor dan minta doktor periksa. Jangan fikir bukan-bukan dulu. Kadang benda macam ni nampak bodoh tapi rasa husband awak tak sihat ni. Dari minta pendapat lebih baik bawa jumpa doktor. Pujuk suami dan cakap elok-elok," demikian komen netizen.

Ada juga yang memberi pandangan bahawa apa yang dilakukan mereka berdosa kerana tidak dilakukan mengikut syariat.


"Tak normal. Onani tetap berdosa walaupun dengan suami atau isteri. Benda berdosa. Nak bersama dengan suami kena berdepan sahaja.


"Tak normal kak. Onani atau memuaskan nafsu sendiri adalah satu dosa. kalau suami tolong isteri dan isteri tolong suami tu masuk akal la. Kalau dah video call lepas tu onani tu dah di luar kawalan dah. Cuba cari ceramah agama tentang ni dan tunjuk pada suami. Semoga dipermudahkan kak.


"Kalau dah video call mesti onani sekali dan kita sedia maklum onani itu berdosa walaupun tengok isteri sendiri. Kalau dah tangan sendiri yang memuaskan tetap dosa. Benda ni tak normal ya geng. Seeloknya biarlah selesaikan di rumah," komen netizen.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 4668487511929826140

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item