“1SEN PUN ALI TAK AKAN MERASA !” Penerangan Ustaz Ini Buat Ali TERDIAM, Netizen Suruh Ali ‘HADAMKAN’

 


Konflik di antara balu Abam Bocey, Hidayah Ali bersama keluarga mentuanya menjadi bualan hangat netizen di media sosial sejak minggu lalu.


Secara tidak langsung, beberapa pihak turut terpanggil untuk mengulas lanjut berkenaan persengketaan yang berlaku ini termasuklah perawat Islam yang memaklumkan tiada unsur sihir pada barang dijumpai Ali.


Seorang ustaz turut mengulas tentang Ali dan Hidayah ketika bercerita tentang faraid dalam satu ceramahnya dan rakaman tersebut meraih perhatian ramai di TikTok.


Menerusi video itu, ustaz terbabit menjelaskan bahawa sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki maka adik beradiknya tidak akan mendapat hartanya.


Siapa siapa suami mati dan tinggalkan anak lelaki, maka adik beradik tak ada harapan untuk dapat harta yang dia tinggalkan. Janganlah duk berangan, pusing lah macam mana pun. Hukum tak bagi.”


@juniza.mohamad Hukum tetap hukum #awareness #faraid #aliputeh #takaful #fy0pシ #gemilangempirezfn ♬ original sound - Juniza Mohamad

Dia turut menjelaskan jenis harta yang boleh dituntut di mahkamah oleh kaum wanita sekiranya suami meninggal dunia seperti harta sepencarian.


Rata-rata netizen di ruangan komen bercakap tentang sikap Ali dan adik beradiknya yang disifatkan tamak harta sehingga tergamak ‘mengganggu’ hidup anak serta isteri arwah Abam.

Malah, ada yang tag Ali di komen dan memintanya untuk faham betul-betul apa itu faraid namun segelintir berpendapat dia sengaja buat tak faham kerana tamakkan harta.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 2146773560018611137

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item