Satu Malaysia Tak Sangka, Kazar Boleh Cakap Macam Ni Lepas Dapat Tahu Puteri Sarah Pergi Umrah

 


Umum sedia maklum, pelakon Puteri Sarah Liyana kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya iaitu  Syaikhul Islam dan Sumayyah di tanah suci, kota mekah.


Namun begitu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, ada individu yang meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen apabila Kazar Saisi didakwa memerli pelakon tersebut di laman sosial.

“Teruskan beribadah Sarah, tapi geram tengok hantaran kazar tu. Dia kata sediakan makanan suami lagi besar pahala dari isteri yang pergi umrah. memang sengaja perli Sarah ke tu? Memang busuk ek keluarga Kazar ni,” ujar individu tersebut di ruangan komen.

Tidak mudah melatah dengan apa yang terjadi, pelakon yang berusia 37 tahun itu menjawab dakwaan tersebut dengan penuh kesabaran memandangkan dia sudah lali dengan apa yang berlaku terhadap rumah tangganya pada ketika ini.


Tegasnya, dia mengambil keputusan dengan hanya membiarkan keluarga tersebut ‘meroyan’ di media sosial kerana mungkin cara tersebut boleh memberi ketenangan kepada mereka.

“Takpelah, sekali sekala dia nak meroyan sebab dia tahu dah tak boleh nak buat apa dah. Mungkin dengan cara meroyan dia tenang,” balas Puteri Sarah.


Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item