Identiti Sebenar Ungku Ismail Terjawab

 


ungkuismail


YM Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz (lahir 26 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi.[1][2] Antara drama terkenal beliau ialah Tari Tirana, Syurgamu Ramadhan, Bibik-Bibikku, Dendam Aurora, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Adellea Sofea.[3] Pada 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H, ungku ismail selamat bernikah dengan pelakon Nad Zainal di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwinnya RM1,000.


Kehidupan awal

Ungku dilahirkan pada 26 Disember 1985 di Johor Bahru. Beliau pernah bersekolah menengah di SMK Dato Jaafar, Johor Bahru dan juga mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Strathclyde Glasgow Scotland, United Kingdom.


Kerjaya

Ungku Ismail memulakan kerjaya lakonan sepenuh masanya sebagai salah seorang pelakon untuk telefilem Sutun, kemudian membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama Dunia Baru.


Pada tahun 2009, Ungku Ismail berlakon dalam Tari Tirana bersama Wan Sharmila, Nadia Aqilah dan Shahz Jaszle, dengan memegang watak sebagai Jude. Beliau kemudian berlakon dalam telefilem Antara Garisan sebagai Ustaz Arman di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Ungku Ismail juga muncul dalam drama Syurgamu Ramadhan.


Ungku Ismail juga menjadi teraju utama drama adapatasi novel Terlanjur Mencintaimu, karya Syamnuriezmil yang bersiaran di RTM. Beliau berganding bersam pelakon Reen Rahim.


Beliau muncul dalam drama Teman Lelaki Upahan, adaptasi daripada novel 2014 bertajuk sama karya Azura Rasiddin, di mana beliau memegang watak sebagai Ezwan Lutfi, seterusnya muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mewujudkan kempen kesedaran kanser dengan nama sama, yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).Beliau sekali lagi digandingkan bersama Elizad dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai 2016 di TV1.


Kerjaya Ungku Ismail di pentas teater bermula menerusi pementasan teater Wira Samudera yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, memegang watak sebagai Daeng Parani. Kemudian diikuti oleh pelbagai pementasan teater berikutnya.


Sepanjang 2016, beliau muncul dalam lima drama televisyen, antaranya Isteri Tuan Ihsan sebagai Pak Su Shafiq, Sein dan Luna sebagai Huzair, dan Bibik-Bibikku sebagai Dr. Hanafi.


Pada tahun 2017, Ungku Ismail muncul dalam dua drama TV, iaitu Pembancuh Kopi Mr. Vampire sebagai Aliff Irsyad di mana beliau digandingkan bersama Nazeera Sardi dan Dendam Aurora dengan memegang watak sebagai Harris Hamzah, digandingkan bersama Nabila Huda.


Pada tahun 2019, Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Widuri RTM, Aku Yang Kau Tinggalkan yang mana beliau membawakan watak Zaril Ikhwan, berpasangan sekali lagi bersama Siti Elizad yang memegang watak Nia Athirah. Drama ini turut dikatakan hangat, seterusnya dicalonkan dalam kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2019.


Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Akasia, Adellea Sofea yang mana beliau membawakan watak Alif Firdhaus, berpasangan bersama Mira Filzah yang memegang watak tajuk. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.


Dari Disember 2020 hingga Mac 2021, beliau melakonkan watak Inspektor Daniel dalam musim terakhir Gerak Khas yang mana beliau menggantikan Zul Ariffin yang menarik diri kerana kesibukan jadual kerja. Turut berlakon ialah Izzat Mushtaq yang menggantikan Mustaqim Bahadon, melakonkan watak Inspektor Izzat. Ungku Ismail kemudian mengarah drama Single Terlalu Lama yang mana beliau sendiri turut berlakon dengan membawakan watak sebagai Andy.


Bapa

Seorang Menteri Besar Johor yang mendapat latihan ketenteraan. Malah, beliau yang lahir pada 7 Ogos 1887, telah dihantar oleh Sultan Ibrahim ke England selama tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran pada 1905.


Pada Mei 1909, Ungku Abd. Aziz memulakan kerjaya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pada 1919 beliau ditukarkan berkhidmat dalam pasukan askar Johor dengan pangkat Kadet dan pada akhir bulan Mei 1912, dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda serta menjadi Pemangku Pengiring Sultan.


Pada awal bulan Ogos 1923, Ungku Abd. Aziz telah dinaikkan pangkat Mejar iaitu pegawai yang memerintah Pasukan Sukarelawan di Johor Bahru, sebelum menjadi Menteri Besar.


Ungku Ismail Aziz

Kelahiran YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz

26 Disember 1985 (umur 37)

Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan Mekanikal

Pusat pendidikan University Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom

Pekerjaan Pelakon, pengarah, pengacara

Tahun aktif 2006–kini

Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)

Pasangan Nad Zainal (k. 2023)

Anak-anak 2 (Anak Tiri)

Ibu Faridah Ismail

Bapa Ungku Abdul Aziz bin Ungku Dato' Abdul Majid

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 5318692412424568452

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item